
Kata orang....kesepian itu boleh membunuh, tapi bagiku kesepian itu sesuatu yang perlu dihargai..kerana apabila di dalam kesepian..kita akan semakin menghargai kehidupan lalu yang pernah ditempuhi...
Aku hanya seorang wanita yang lemah..tidak pernah terduga olehku kebahagiaan yang kuharapkan akan berkekalan hingga selamanya akan berderai di tengah jalan...aku telah mencuba yang terbaik untuk kebahagiaan rumahtanggaku tetapi takdir Allah mengatasi segalanya....Pun begitu aku tidak pernah menyesal dengan segala perkara yang ditakdirkan untukku..Aku yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Dan...aku akan tetap teruskan kehidupan ini dengan penuh ketabahan kerana aku yakin setiap manusia itu pastinya tidak akan terlepas dari segala masalah dan cerita hidup suka dan duka....dan aku masih bertuah kerana di dalam kehidupan ku kini masih dikelilingi oleh ramai insan-insan yang masih menyayangi diri ini....betapa bertuahnya ku rasakan diri ini...kerana disaat aku hampir rebah kebumi..ramai kawan-kawan dan saudara yang membantu menyuburkan kekuatan di dalam diriku...
Kehadiran 2 cahayamata di dalam hidupku sudah cukup membuatkan ku bahagia....walaupun aku tidak dapat memiliki kedua-duanya..tapi kasihsayangku tidak pernah berubah...dan aku akan sentiasa merindui anak-anakku walau dimana mereka berada..
Aku sentiasa berdoa moga-moga satu hari nanti kebahagiaan kan kembali menyinari hidup ini...seperti dahulu.....







